Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan 13 ahli PERWIRA berlepas ke Manila

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Seramai 13 orang ahli Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) telah berlepas ke Manila, hari ini, untuk menghadiri Mesyuarat Badan Eksekutif ke-35 dan Persidangan Agung Veterans Confederation of ASEAN Countries (VECONAC) ke-22.

    Rombongan tersebut telah diketuai oleh Yang Di-Pertua PERWIRA, Leftenan Kolonel (B) Ramli bin Abdul Hadis.

    VECONAC yang ditubuhkan pada 1985 merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan veteran dari 10 buah negara ASEAN iaitu Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Republik Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan
    Vietnam.

    Mesyuarat Badan Eksekutif dan Persidangan Agung VECONAC diadakan setiap tahun di negara-negara ahli secara bergilir.

    Pada tahun ini, Republik Filipina menjadi tuan rumah dan akan diadakan di Hotel Sofitel Plaza, Manila pada 26 hingga 30 November.

    Rombongan PERWIRA turut dihadiri dua pegawai dari Pejabat Hal Ehwal Pesara Tentera, Kementerian Pertahanan, yang bakal berlepas ke Manila esok.

    Rombongan PERWIRA bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Manila untuk menghadiri Mesyuarat Badan Eksekutif ke-35 dan Persidangan Agung VECONAC ke-22. – GAMBAR SERAHAN PERWIRA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda