Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo beritahu pengadil batalkan penalti

    RIYADH, 28 NOV – Cristiano Ronaldo berjaya meyakinkan pengadil untuk mengubah keputusan selepas diberikan sepakan penalti dalam Liga Juara-Juara AFC antara Al Nassr dan Persepolis dari Iran yang berakhir tanpa jaringan.

    Bintang berusia 38 tahun itu, bekas pemain utama Manchester United dan Real Madrid, kelihatan seolah-olah dijatuhkan oleh Soroush Rafiei di dalam kotak penalti dan pengadil China, Ma Ning, menunjuk ke titik penalti.

    Ronaldo bangun cepat dan menghampiri pengadil, menggelengkan kepala dan memberitahunya tidak ada kesalahan.

    Selepas berunding dengan VAR, pengadil diarahkan ke skrin monitor di tepi padang dan membatalkan keputusannya dalam pertemuan Kumpulan E di Riyadh.

    Pasukan Liga Pro Saudi itu terpaksa bermain sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain selepas Ali Lajami dilayangkan kad merah terus kerana melakukan cabaran shin-raking pada minit ke-17.

    Aksi Ronaldo semasa perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Riyadh pada 27 November. – AFP

    Ronaldo juga terpaksa meninggalkan padang akibat kecederaan leher ketika berbaki 13 minit, disebabkan oleh penjaga gol Persepolis, Alireza Beiranvand yang mendarat di atas bintang Portugal itu ketika menuntut bola tinggi.

    Bagaimanapun, naib juara Liga Juara-Juara pada tahun 2018 dan 2020 dari Iran gagal memanfaatkan kelebihan mereka dan satu mata yang diperoleh cukup untuk
    Al Nassr memastikan tempat mereka pada peringkat kalah mati sebagai pemenang kumpulan.

    Ronaldo kini perlu pulih dengan cepat kerana Al Nassr akan berdepan dengan Al Hilal pada Jumaat dalam dalam pertembungan liga teratas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda