Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Rumput stadium jadi kenangan berharga

    KUALA LUMPUR, 31 MAC – Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.

    Tindakan itu susulan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat, untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma hari ini.

    Rumput di venue keramat pasukan bola sepak kebangsaan itu juga, ialah venue skuad Harimau Malaya meraih kejayaan layak ke Piala Asia 2023 secara merit mengakhiri penantian lebih empat dekad pada Jun tahun lepas, selain pelbagai acara sukan dan hiburan lain.

    Petak rumput berukuran 1×1 kaki ditawarkan kepada rakyat sempena kerja-kerja penggantian rumput kepada jenis zeon zoysia yang dijangka bermula esok (1 April) dan sempena ulang tahun ke-25 Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).

    Ketika tinjauan Bernama pagi tadi, para peminat bola sepak dan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, apatah lagi apabila ia merupakan rumput yang sama skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015.

    Seorang peminat yang hadir, Erik Tan, 47, berkata beliau mahu menyimpan rumput berkenaan sebagai kenangan dengan menanamnya di halaman rumah.

    “Rumput ini merupakan rumput yang pasukan kita main pelbagai kejohanan dan melayakkan diri ke Piala Asia, selain (upacara perasmian dan olahraga) Sukan SEA juga diadakan di sini.

    “Saya mahu membawanya balik, pecah-pecahkan dan tanam di halaman rumah …. Nanti boleh beritahu anak-anak inilah rumput yang pasukan kita pernah main dulu di Stadium Nasional,” katanya.

    Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013), dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015). – Bernama

    Notis pemberitahuan yang membolehkan orang ramai mengambil rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibuka sehingga petang sebelum kerja-kerja memasang rumput baharu jenis zeon zoysia bagi menggantikan rumput cow grass di padang tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...