Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

    ISTANBUL, 19 OKT – Rusia hari ini mengumumkan akan menghantar 27 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza susulan konflik yang berlarutan di rantau itu.

    “Bantuan itu disediakan atas arahan Presiden Vladimir Putin bagi pihak Kerajaan Persekutuan Rusia,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia di Telegram.

    Menurut kenyataan itu, sebuah pesawat khas membawa tepung, gula, beras dan pasta, berlepas dari Moscow ke lapangan terbang El-Arish di Semenanjung Sinai, Mesir.

    “Bantuan kemanusiaan Rusia akan diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dihantar ke Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan itu.

    Gaza kini menghadapi krisis kemanusiaan yang teruk, tanpa bekalan elektrik manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan, semakin berkurangan.

    Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. – Bernama

    Sebuah pesawat khas membawa tepung, gula, beras dan pasta, berlepas dari Moscow ke lapangan terbang El-Arish di Semenanjung Sinai Mesir. – Sinar Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda