Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia sambut Hari Diplomat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Kedutaan Persekutuan Rusia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan majlis sambutan sempena Hari Diplomat Rusia di Kedutaan Rusia, di Madang, hari ini.

    Turut hadir ialah wakil dari kementerian luar negara dan ahli-ahli Kor Diplomatik.

    Dalam ucapan alu-aluan, Kuasa Usaha Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Andrei N Mamaev berkongsi mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah diplomasi Rusia dan menggariskan pencapaian diplomasi Rusia pada zaman moden.

    Beliau juga mengongsikan sempena cuti berkenaan, Presiden Rusia dan Menteri Luar mereka telah menghantar ucapan kepada kementerian luar negara dan semua misi diplomatik Rusia di luar negara.

    Dalam ucapannya, Menteri Luar, Tuan Yang Terutama Lavrov berkata, “Tahun ini kami meraikan hari cuti kami di sebalik perang proksi ke atas kami.

    “Tidak dinafikan Rusia akan mengatasi cabaran sukar pada masa ini dan menjadi lebih kuat. Kempen ‘Russophobic’ berskala besar juga telah menjejaskan diplomat Rusia secara langsung.

    “Ramai daripada mereka kini bekerja dalam keadaan yang ekstrem dan sering mempertaruhkan nyawa mereka,” tambahnya.

    Hari Diplomat Rusia merupakan cuti umum baharu di Rusia. Ia ditubuhkan pada tahun 2002 melalui dekri Presiden sebagai mengenang sejarah diplomasi Rusia selama berabad-abad yang secara rasmi bermula pada abad ke-16. Tarikh 10 Februari merupakan tarikh penubuhan pejabat diplomatik pertama semasa pemerintahan Tsar (Raja) Ivan the Terrible pada 1549.

    Andrei N Mamaev bersama ahli-ahli Kor Diplomatik yang hadir di Kedutaan Rusia, Madang, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda