Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah laksana pelan, inisiatif tarik pelabur

    KOTA KINABALU, 20 MEI – Kerajaan Sabah melaksanakan pelbagai pelan dan inisiatif termasuk pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam usaha menjadikan negeri ini lebih menarik kepada pelabur, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata kerajaan juga mengumumkan peruntukkan RM2.63 bilion bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam belanjawan negeri tahun ini untuk menangani cabaran dari segi infrastruktur dan kemudahan asas bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

    Mengulas lanjut, Hajiji berkata penganjuran forum berkenaan tepat pada masanya, kerana para pelabur berpeluang melibatkan diri dengan kerajaan negeri, dengan perkembangan terkini serta akan datang, yang akan memacu pertumbuhan Sabah dan bagaimana kerajaan negeri memudahkan dan menyokong pembangunan ini.

    Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM679.85 juta untuk mengurus dan menangani isu bekalan air bersih yang kritikal, manakala RM430.84 juta disalurkan untuk penyelenggaraan infrastruktur, katanya.

    Beliau berkata bagi mempertingkatkan kesalinghubungan jalan raya, kerajaan negeri komited dengan Lebuhraya Pan Borneo serta menambah rangkaian jalan lain.

    Sabah juga melancarkan Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 bagi mengalihkan pergantungan kerajaan negeri kepada sumber tenaga boleh diperbaharui. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda