Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Sabit kesalahan bunuh guna busur, anak panah

    COPENHAGEN, DENMARK, 24 JUN – Seorang lelaki didapati bersalah kelmarin atas kesalahan membunuh dan cubaan membunuh kerana menikam lima orang dan mencederakan empat yang lain di selatan Norway apabila dia menyerang orang yang tidak dikenali dengan busur, anak panah dan pisau.

    Mahkamah Daerah Buskerud menjatuhkan hukuman penjagaan kesihatan mental wajib kepada Espen Andersen Bråthen. Manakala tiga orang pakar psikiatri forensik yang menilai Andersen menyimpulkan bahawa dia menghidap skizofrenia paranoid kronik dan sakit mental ketika serangan pada 13 Oktober tahun lalu. Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan telah memohon penjagaan kesihatan mental yang wajib bagi Andersen Bråthen. Andersen didapati bersalah atas 11 pertuduhan cubaan membunuh kerana menembak orang dengan busur dan anak panah di Kongsberg. Dia membawa 62 anak panah dan empat pisau semasa serangan tersebut.

    Menurut mahkamah, Andersen telah menonton sebilangan besar video yang menunjukkan situasi di mana orang ditikam, dan telah menjelaskan bahawa dia menonton video sedemikian untuk mempelajari cara menggunakan senjata supaya dia boleh menjadi sekejam yang mungkin.

    Peguam bela lelaki berusia 38 tahun itu, Fredrik Neumann, dipetik sebagai berkata oleh penyiar Norway NRK, anak guamnya ‘percaya dengan khayalan agama dan magis’. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...