Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    60kg sampah dikumpul

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Lebih daripada 70 orang peserta yang merangkumi Alumni Shell LiveWIRE Brunei dan orang ramai mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di Pantai Muara, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Shell LiveWIRE Brunei, di sini, kempen kebersihan pantai itu merupakan satu daripada kempen Adopt-A-Beach Shell LiveWIRE Brunei, iaitu usaha komuniti yang disasarkan untuk memperkasa individu-individu dalam semua golongan usia untuk menyertai dalam pemuliharaan persekitaran marin serta juga memastikan kebersihan Pantai Muara bagi tempoh satu tahun melalui siri kempen kebersihan pantai setiap suku tahun.

    Acara anjuran Shell LiveWIRE Brunei yang merupakan kempen kebersihan pantai yang diadakan pada tahun ini, berjaya mengutip lebih daripada 60 kilogram sampah dan dilupuskan dengan sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Kementerian Pembangunan dan Persatuan Beach Bunch.

    Selain memperkenalkan gaya hidup mampan dan memupuk kesedaran untuk membuang sampah secara bertanggungjawab, inisiatif itu bertujuan mendedahkan isu pengurusan sisa yang tidak betul di samping meningkatkan kesedaran mengenai amalan-amalan pengurusan sisa tetap.

    Turut mengambil bahagian dalam kempen berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara, Persatuan Beach Bunch, Shell LiveWIRE Brunei dan institusi-institusi tinggi.

    Shell LiveWIRE Brunei merupakan satu komitmen Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) ke arah memupuk dan membangunkan kompetensi, keupayaan dan daya saing perniagaan tempatan bagi kemampanan jangka panjang ekonomi sektor swasta Brunei Darussalam.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di Pantai Muara kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...