Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak mulakan transformasi pengangkutan awam

    KOTA SAMARAHAN, 16 DIS – Impian rakyat Sarawak untuk mempunyai pengangkutan awam moden dan serba canggih seperti kereta api bawah tanah London (London Underground) yang terkenal di dunia, bakal tercapai dengan bermulanya fasa pertama bagi projek pembinaan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek melibatkan pembinaan laluan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri itu akan turut merealisasikan matlamat negeri ke arah teknologi hijau. 

    Katanya fasa satu KUTS bagi pembinaan ART yang menggunakan tenaga hidrogen itu akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Kuching serta Samarahan, dikategorikan sebagai Laluan Hijau, Merah dan Biru. 

    “Ini adalah fasa pertama iaitu dari stesen Rembus (di Samarahan) ke Hikmah Exchange (Kuching) iaitu Laluan Biru, manakala dari stesen Kuching Central ke Pending ialah Laluan Merah,” katanya dalam sidang media selepas perasmian fasa pertama projek KUTS di tapak pembinaannya hari ini. 

    Menurut Abang Johari, Laluan Hijau pula bermula dari stesen Pending ke Damai Central. – Bernama

    Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd, Ir Mazli Mustafa (dua kiri) memberi taklimat mengenai laluan ART kepada Abang Jihari semasa pelancaran projek Fasa 1 di tapak projek di Depot Rembus. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda