Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scheffler pertahankan kejuaraan Terbuka WM Phoenix

    ARIZONA, 13 FEB – Scottie Scheffler berjaya mempertahankan kejuaraan Terbuka WM Phoenix kelmarin di TPC Scottsdale untuk mendapatkan semula rangking satu dunia.

    Scheffler menewaskan Nick Taylor dengan dua pukulan dalam keadaan berangin di Padang Stadium. Pemain Texas berusia 26 tahun itu akan melonjak daripada rangking kedua ke rangking pertama sekali gus mengambil tempat teratas daripada Rory McIlroy dengan kemenangan Jelajah PGA kelimanya.

    Scheffler membuat putt eagle 22 kaki pada parkelima pada lubang ke-13 untuk mendahului mata seri dengan Taylor, kemudian mendahului dua pukulan pada par-3 pada lubang ke-16 dengan 15 kaki selepas pukulannya melantun jauh ke kiri.

    Scheffler melakukan birdie pada par-keempat pendek dilubang ke-17 dan menamatkannya pada 19-bawah 265.

    Dia memperoleh $3.6 juta daripada hadiah terkumpul sebanyak $20 juta dalam acara kedua yang ditetapkan Jelajah PGA, yang diadakan sebagai tindak balas kepada LIV Golf yang menarik pemain rangking atas untuk mengikuti kejohanan bersama-sama dengan lebih kerap.

    Tahun lalu, Scheffler menewaskan Patrick Cantlay dalam playoff untuk gelaran jelajah pertamanya. Dia menambah kemenangan dalam Arnold Palmer Invitational, WGC-Match Play dan Masters dan merupakan pemain terbaik Jelajah PGA.

    Dia pemain ketujuh yang berjaya mempertahankan gelaran dalam kejohanan itu, berikutan Ben Hogan (1946-47), Jimmy Demaret (1949-50), Lloyd Mangrum (1952-53), Arnold Palmer (1961-63), Johnny Miller (1974-75) dan Hideki Matsuyama (2016-17). – AP

    Scottie Scheffler bersama trofi kemenangannya semasa pusingan akhir Terbuka WM Phoenix di TPC Scottsdale. – AFP
    Reaksi Scottie Scheffler semasa pusingan akhir Terbuka WM Phoenix di TPC Scottsdale. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda