Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Schumacher kekal jadi pemandu simpanan Mercedes

    LONDON, 22 NOV – Mick Schumacher akan terus menjadi pemandu simpanan untuk Lewis Hamilton dan George Russell selepas Mercedes hari ini mengesahkan bahawa dia akan kekal sebagai pemandu simpanan pasukan tahun depan.

    Pemain Jerman berusia 24 tahun itu, anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher, telah memegang peranan itu sejak dia kehilangan tempat sepenuh masa dalam petak Formula Satu setelah dipecat oleh Haas selepas musim 2022.

    “Gembira dan bersyukur menjadi pemandu simpanan untuk Mercedes tahun depan,” kata Schumacher. “Ia adalah bagus untuk terus berhubung dengan pasukan hebat ini dalam F1,” ujarnya.

    Schumacher, yang menghabiskan dua musim di Haas, memulakan 43 perlumbaan dan hanya meraih mata dua kali, akan menggabungkan komitmennya bersama Mercedes dengan perlumbaan untuk Alpine dalam Kejohanan Endurance Dunia tahun depan.

    Mercedes berkata,”Gembira untuk mengumumkan Mick Schumacher akan mengekalkan peranannya sebagai pemandu simpanan bersama pasukan untuk 2024.

    “Kami teruja untuk melihat Mick terus menyumbang kepada pasukan kami di samping cabaran baharunya dalam Kejohanan Ketahanan Dunia FIA musim depan,” tambah Mercedes. – AFP

    Mick Schumacher ketika memandu semasa Grand Prix Formula Satu Abu Dhabi di Litar Yas Marina di bandar Emirati Abu Dhabi pada 20 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda