Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah selatan India ditutup akibat hujan lebat

    NEW DELHI, 23 NOV – Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu, kata seorang pegawai Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini, lapor Xinhua.

    Hujan tanpa henti menyebabkan banjir dan penutupan sekolah di sekurang-kurangnya lima daerah di Tamil Nadu.

    Sekolah turut ditutup di daerah Puducherry kelmarin berikutan hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam.

    IMD meramalkan hujan di kawasan itu dalam beberapa hari akan datang pada minggu ini.

    “Hujan lebat hingga sangat lebat dicatatkan di beberapa kawasan terpencil di Tamil Nadu, Puducherry dan Karaikal manakala hujan lebat di kawasan terpencil di Kerala,” menurut IMD dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda