Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selebriti Korea derma wang buat mangsa gempa bumi Turkiye

    Susulan berlakunya gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu, ramai selebriti Korea telah mendermakan wang sumbangan kepada mangsa yang terjejas.

    Memetik laporan Soompi, pada 8 Februari lalu, pengacara, Jang Sung Kyu mengumumkan dia menderma sebanyak 23 juta Korean Won (RM78,590) sebagai dana bantuan.

    Dalam pada itu, penyanyi, Im Siwan dan ahli kumpulan Winner pula masing-masing mendermakan sebanyak 10 juta won (RM34,170) kepada Persatuan Bantuan Bencana Hope Bridge Korea yang menghantar bekalan bantuan kecemasan dan ubat-ubatan ke kawasan yang terjejas.

    Selain itu, difahamkan pelakon Yoo In Na menderma 30 juta won (RM 102,508) dan Shin Min Ah menderma 50 juta won (RM170,847).

    Aktor Itaewon Class, Park Seo Joon tidak terkecuali menyumbangkan sebanyak 100 juta won (RM 341,692) untuk membantu mangsa gempa di Turkiye dan Syria.

    Pelakon itu difahamkan sebelum ini pernah memberi bantuan sewaktu gemba bumi yang berlaku di Nepal pada 2015 dengan menyertai kempen bantuan kecemasan.

    Sementara itu, menurut Community Chest of Korea, ahli kumpulan NCT iaitu Doyoung turut mendermakan wang sumbangan 100 juta won untuk menyediakan tempat perlindungan sementara bagi mangsa gempa.

    Sumbangan yang dibuat akan disalurkan untuk kit makanan, khemah, selimut dan banyak lagi.

    Terdahulu, Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi gegaran kuat berukuran 6.7 skala magnitud.

    Gempa awal berpusat 26 kilometer (km) timur bandar Nurdagi di wilayah Gaziantep pada kedalaman 17.9 km, manakala gegaran kedua melanda beberapa minit kemudian berpusat di tengah Turkiye, pada kedalaman 9.9 km. – Agensi

    Shin Min Ah antara pelakon yang memberikan bantuan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda