Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan darat di Gaza, UAE minta adakan mesyuarat tergempar

    ANKARA, 29 OKT – Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin meminta satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membincangkan situasi di Semenanjung Gaza.

    Ini berikutan tindakan Israel mempertimbangkan untuk memperluas serangan daratnya ke atas Semenanjung Gaza.

    Menurut agensi Anadolu (AA), permintaan itu dibuat oleh jurucakap misi UAE ke PBB, Shahad Matar, di aplikasi media sosial X.

    “UAE telah meminta mesyuarat tergempar UNSC diadakan secepat mungkin berikutan pengumuman Israel bahawa ia memperluas operasi darat di Gaza,” katanya.

    UAE merupakan anggota tidak tetap UNSC bagi 2022-2023.

    Kementerian Luar UAE mengutuk operasi darat Israel awal kelmarin di Gaza dan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel.

    Kenyataan itu juga mengulangi permintaan UAE untuk gencatan senjata segera bagi memastikan orang awam dan institusi awam tidak menjadi sasaran. – Bernama

    Rakyat Palestin berjalan di sekitar bangunan yang musnah akibat pengeboman Israel di kem pelarian Nuseirat di Semenanjung Gaza kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda