Monday, September 23, 2024
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shila Amzah mara ke akhir pertandingan nyanyian di China

    Tampil dengan persembahan memukau sehingga bergelar juara mingguan melayakkan penyanyi Shila Amzah bersaing di pentas akhir program Singing With Legends di China.

    Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, turut meluahkan rasa syukur kerana usaha dan komitmen ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil.

    “Alhamdulillah, kita juara minggu ini yang melayakkan kita terus ke peringkat akhir,” katanya.

    Bersama kapsyen tersebut, Shila turut berkongsi video persembahannya menyanyikan lagu Bring me To Life nyanyian Evanescence.

    Bukan itu sahaja, pelantun lagu Patah Seribu itu turut mencabar diri menyanyikan lagu bahasa Mandarin berjudul Ning Meng Cao De Wei Dao bersama penyanyi asal China iaitu Julia Peng Jia Hui.

    Mengulas berkenaan persembahan pada malam berkenaan, Shila mengakui bangga dengan kemampuannya mendendangkan lagu di luar zon selesa.

    “Saya suka dua-dua persembahan sebab gembira sangat dapat nyanyi genre yang berbeza kali ini,” ujarnya.

    Pada awal September lalu, Shila mengumumkan dia bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

    Program berkenaan adalah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan gandingan penyanyi legenda bersama bakat muda di atas pentas sama. Sementara itu, program itu juga merupakan penyertaan Shila yang ketiga di negara tembok besar itu.

    Pada tahun 2012, Shila pernah menjuarai program Asian Wave.

    Shila bersyukur apabila layak ke peringkat akhir. -mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda