Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib kena tempias isu Syamsul-Ira

    Ketika kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana heboh diperkatakan warganet, nama penyampai radio iaitu Shuib turut terkena tempias gara-gara meninggalkan ucapan tahniah kepada pengarah tersebut selepas mengumumkan sudah berkahwin dua.

    Melihat ia hanya sekadar ucapan kepada seorang sahabat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata dia terkejut apabila melihat reaksi warganet itu dan berpendapat hal tersebut tidak perlu diperbesarkan.

    “Memang terkejut kerana ramai yang kecam dan anggap saya menyokong isu poligami. Ia hanyalah sekadar ucapan apabila orang telah selamat berkahwin.”

    “Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.

    “Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin,” katanya kepada wartawan.

    Shuib, teruk dikecam warganet akibat mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan Ira atas pernikahan pasangan tersebut. – Agensi

    Shuib ditemui selepas bersiaran secara langsung untuk segmen Morning Morning Suria di atas kapal pelayaran mewah Cruises Dream pada Rabu.

    Mengakui sedikit terkesan dengan kecaman dan kata-kata negatif warganet, Shuib bagaimanapun percaya perkara yang tular di media sosial sebegini akan cepat dilupakan.

    “Apabila ada yang nak boikot, mula juga rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan kepada produk sendiri.

    “Bagaimanapun saya faham isu di media sosial ini tidak akan lama. Mungkin hanya seminggu dua sahaja. Nanti lama-lama orang akan lupa.

    “Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami. Itu bukan satu kesalahan dalam agama,” ujarnya.- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda