Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib tak kisah Watie lebih popular

    Pelawak popular, Shuib, 39, tidak kisah isterinya, Watie Hanifiah kini lebih popular daripadanya.

    Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad berkata, dia gembira melihat isterinya melakukan apa yang disukai tanpa meminggirkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu, lapor BH Online.

    “Betul, populariti Watie melebihi saya sekarang, tapi ia bagus untuk pendapatan keluarga sebab dia pun suka. Watie sendiri mengakui selepas berkahwin, rezekinya lebih banyak dan dapat bantu keluarganya.

    “Saya cakap baguslah dan saya tidak menghalang untuknya mencari pendapatan sebab kalau ia benda baik, tak mengapa. Tapi, ada perkara yang boleh dan tidak boleh, batasan dan fokus, Watie perlu seimbangkan semuanya.

    “Dia kena fokus banyak kepada anak-anak sebab kadang-kadang bila cerita pasal popular, ada masanya kena buat content, jadi saya kena pandai uruskan masa.

    “Sebab Watie ada komitmen untuk muat naik kandungan dalam media sosial, setiap bulan,” katanya yang ditemui pada sidang media Dol’s Podcast bersama Shuk Sahar dan Fizie di Tasty Chapati, di sini, petang semalam.

    Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ini adalah perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.

    Mengulas pembabitannya dalam Dol’s Podcast, Shuib berkata, dia sudah lama berhasrat kembali bersama dua sahabat baiknya, Shuk Sahar dan Fizie yang pernah mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM pada 2019 dan kini hasratnya tercapai menerusi Dol’s Podcast.

    Shuib berkata, dia masih menerima tawaran kerana sayangkan kerjaya seninya. – Agensi

    Shuib gembira melihat isterinya, Watie melakukan apa yang disukai tanpa meminggirkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda