Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sindiket pekerjaan: Lima mangsa selamat kembali ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 20 FEB – Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Thailand hari ini.

    Kementerian Luar (KLN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa berke-
    naan telah berjaya melarikan diri ke Thailand dan diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum melalui proses deportasi dan dihantar pulang ke Malaysia.

    “Kepulangan mangsa berusia 19 hingga 26 tahun diiringi oleh pegawai daripada KLN
    dan PDRM yang telah mengadakan lawatan kerja ke Thailand dari 16 hingga 19 Feb,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda