Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sistem pengimbas identiti Eurostar elak kesesakan

    LONDON, 18 JULAI – Penumpang Eurostar yang berlepas dari London boleh mengelak daripada pemeriksaan manual tiket dan pasport oleh pegawai UK melalui sistem pengesahan identiti, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

    Pelancaran teknologi di stesen St Pancras di London bertujuan untuk mengurangkan kesesakan.

    Bagi menggunakan sistem berkenaan, penumpang mesti menggunakan aplikasi sebelum melakukan perjalanan dengan mengimbas dokumen pengenalan diri dan mengesahkan wajah dan tiket mereka.

    Di stesen, penumpang boleh meneruskan perjalanan tanpa sebarang pemeriksaan melalui pintu automatik selepas diimbas oleh skrin.

    Sistem SmartCheck, yang dibangunkan oleh iProov, tersedia untuk penumpang Business Premier dan Carte Blanche. Beg masih diimbas oleh kakitangan keselamatan dan pegawai sempadan Perancis.

    Ketua Eksekutif Eurostar, Gwendoline Cazenave berkata, “Menyediakan pengalaman pemeriksaan pasport dan tiket di stesen dengan lancar kepada pelanggan kami adalah keutamaan bagi Eurostar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda