Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skandal Johnson: Pengerusi BBC letak jawatan

    LONDON, 28 APRIL – Pengerusi BBC Britain meletak jawatan hari ini berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar tatacara kerajaan bagi pelantikan ke jawatan awam kerana terlibat dalam membantu bekas perdana menteri mendapatkan pinjaman wang, lapor Anadolu.

    Richard Sharp dicadangkan untuk jawatan itu pada musim gugur 2020 kerana dia membantu Boris Johnson pada ‘tahap yang sangat terhad’ untuk mendapatkan pinjaman, menurut laporan oleh peguam, Adam Heppinstall.

    Sharp disiasat berhubung pelantikannya untuk menerajui badan penyiar ikonik itu setelah beliau dilaporkan membantu memudahkan jaminan pinjaman £800,000 (AS$995,000) untuk Johnson, beberapa minggu sebelum Johnson melantiknya sebagai Pengerusi BBC.

    Laporan itu juga menyebut bagaimana Sharp menyatakan bahawa beliau memohon jawatan Pengerusi BBC daripada Johnson pada November 2020 walaupun mengetahui beliau tidak boleh memainkan peranannya dengan bebas daripada perdana menteri jika dilantik.

    “Saya sentiasa mengekal-kan apa yang berlaku itu tidak disengajakan dan bukan material, dan fakta-fakta yang dibentangkan kukuh,” kata Sharp dalam satu kenyataan di televisyen berikutan laporan itu.

    “Saya bagaimanapun memutuskan bahawa adalah wajar untuk mengutamakan kepentingan BBC. Saya rasa ia mungkin mengganggu kerja baik perbadanan sekiranya saya kekal dalam jawatan sehingga akhir penggal saya.”

    Ketua Pengarah BBC, Tim Davie mengucapkan terima kasih kepada Sharp atas khidmatnya kepada BBC dan ‘dorongan dan intelek’ yang dibawanya.

    “Bekerja dengannya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini telah memberi ganjaran dan Sharp telah membuat sumbangan besar kepada transformasi dan kejayaan BBC.” – Bernama

    Sebuah skrin menunjukkan laporan berita BBC, selepas Sharp mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi BBC, di London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda