Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX Polaris Dawn lakar sejarah di angkasa lepas

    AMERIKA SYARIKAT, 10 SEPT – Misi SpaceX Polaris Dawn, yang akan menampilkan pejalan kaki angkasa lepas pertama oleh warga awam, dijangka dilancarkan hari ini, walaupun cuaca boleh menjejaskan misi tersebut.

    Empat anggota kru, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shift4 Payments, Jared Iscaacman, juga menyasarkan untuk terbang lebih jauh ke angkasa lepas berbanding misi lain dalam lebih 50 tahun, mencapai ketinggian puncak 1,400 kilometer.

    “SpaceX hari ini menyasarkan pelancaran Falcon 9 Polaris Dawn pada 3:38 pagi (0738 GMT) ke orbit rendah bumi dari Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida,” kata SpaceX dalam satu kenyataan.

    Terdapat dua peluang pelancaran tambahan dalam tempoh empat jam, pada 0923 GMT dan 1109 GMT, akan tetapi cuaca pada masa ini hanya 40 peratus baik.

    SpaceX akan menyiarkan misi itu di laman webnya bermula kira-kira tiga setengah jam sebelum berlepas.

    Jika ia dilancarkan, kemuncak misi itu ialah pejalan kaki angkasa pertama yang terdiri sepenuhnya daripada angkasawan bukan profesional, yang akan memakai sut aktiviti ekstravehikular (EVA) SpaceX yang anggun dan baru dicipta di mana ia dilengkapi dengan paparan kepala, kamera topi keledar serta peralatan canggih. – AFP

    Gambar menunjukkan pelancaran misi Polaris Dawn pada roket Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 10 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda