Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Spurs perlu lebih konsisten’

    MILAN, 14 FEB – Antonio Conte kelmarin berkata dia cuba memberikan tumpuan dan latihan gaya Itali kepada Tottenham Hotspur, yang tidak konsisten, ketika mereka menuju ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara bertemu AC Milan.

    Spurs bakal berdepan juara Itali, Milan pada perlawanan pertama hari ini di San Siro selepas mereka menewaskan Manchester City sebelum dikalahkan semula 4-1 oleh Leicester dan mengalami pelbagai kecederaan.

    Conte berkata dia menghadapi masalah untuk menerapkan jenis latihan fokus yang dapat membantu memenangi trofi. Dia berpendapat latihan gaya Itali adalah jenis yang sesuai untuk diterapkan.

    Ditanya mengapa dia sukar untuk mengekalkan fokus di England, Conte berkata bahawa bola sepak Itali mempunyai persekitaran yang lebih tertekan dan sengit yang memaksa peningkatan fokus.

    Conte akan berada di bangku simpanan Spurs untuk dua minggu selepas menjalani pembedahan pundi hempedu dan selain terpaksa beraksi tanpa kapten Perancis, Hugo Lloris di gawang, dia akan kehilangan Yves Bissouma, Ryan Sessegnon dan Rodrigo Bentancur yang kesemuanya telah cedera pada minggu lalu.

    Spurs kelmarin mengumumkan bahawa Bentancur akan berehat untuk baki musim ini dengan kerosakan ligamen di lutut kirinya.

    “Rodrigo begitu kuat, di atas padang dan di luar padang,” kata Dejan Kulusevski, yang bermain di Itali bersama Atalanta, Parma dan Juventus sebelum berpindah ke London. – AFP

    Antonio Conte semasa sidang akhbar di stadium San Siro di Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda