Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukuk Al-Ijarah ke-227 diterbitkan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), selaku ejen kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-227 berjumlah $100 juta.

    BDCB dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa Sukuk Al-Ijarah siri 227 diterbitkan 18 Januari bagi tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 18 April dan kadar sewa 3.4375 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan sehingga kini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai kira-kira $16.68 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk kerajaan sehingga 18 Januari 2024 ialah sebanyak $355 juta.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda