Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan pupuk sikap pemedulian

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Belia Ashabul Haliim, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku Katok baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Tahaddu Tahabbu 6.0 di masjid tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan sekolah kepada golongan pelajar terdiri daripada anak yatim dari Sekolah Rendah Tungku Brunei III, Kluster 1 dan juga sekolah-sekolah persekitaran Mukim Gadong ‘A’ itu ialah Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Program tahunan berkenaan merupakan pelaksanaan kali keenam pada tahun ini yang disokong oleh Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan JHEM, KHEU di mana hasil sumbangan berkenaan diperolehi daripada orang ramai di negara ini selain daripada pihak penganjur.

    Dengan adanya aktiviti amal sedemikian, ia juga bertujuan untuk sama-sama memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan sekali gus menjadi masyarakat yang penyayang.

    Selain itu, ia juga dihasrat untuk melahirkan rasa kecintaan khususnya penduduk kampung dan masyarakat Islam amnya untuk mengimarahkan masjid.

    Program sumbangan itu juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni, sakinah serta mempunyai sifat ringan tulang antara satu sama lain.

    Haji Amir Hisham semasa menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan sekolah kepada golongan pelajar terdiri daripada anak yatim, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BELIA ASHABUL HALIIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda