Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suruhanjaya Tinggi Bangladesh meriahkan Aidilfitri

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan dengan penuh meriah di mana ia memberikan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan silaturahim antara satu sama lain.

    Suruhanjaya Tinggi Republik Bangladesh di Negara Brunei Darussalam turut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menyaksikan kunjungan daripada komuniti Bangladesh di negara ini, rakan-rakan diplomatik dari negara-negara sahabat serta rakan-rakan dari Brunei bersama-sama meraikan sambutan dengan meriah di suruhanjaya berkenaan, kelmarin.

    Para tetamu yang hadir dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona di mana beliau menyatakan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    Semasa majlis berkenaan, para tetamu berpeluang menikmati hidangan makanan tradisional dan dihiburkan dengan muzik Brunei dan Bangladesh bagi memeriahkan lagi majlis.

    PYT Nahida semasa bergambar ramai dengan para tetamu yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SURUHANJAYA TINGGI BANGLADESH
    Para tetamu berpeluang menikmati hidangan makanan tradisional dan dihiburkan dengan muzik Brunei dan Bangladesh. – GAMBAR SERAHAN SURUHANJAYA TINGGI BANGLADESH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda