BANDAR QUEBEC, 31 Jan – Pelajar universiti Kanada Perancis telah didakwa membunuh enam lelaki Islam semasa solat malam di sebuah masjid, dikenali dengan pandangan nasionalisnya, berhaluan kiri serta sokongannya kepada parti berhaluan kanan Perancis yang diketuai oleh Marine Le Pen.
Alexandre Bissonnette telah didakwa kelmarin atas enam tuduhan membunuh dan lima tuduhan percubaan bunuh berhubung tembakan sembarangan ke sebuah masjid di Bandar Quebec yang perdana menteri Kanada gelar sebagai satu tindakan keganasan ke atas orang Islam.
Bissonnette membuat kemunculan singkat di mahkamah dan tidak memohon rayuan dalam serangan yang dilakukan semasa jemaah bersolat pada Ahad. Memakai baju penjara putih, tangan dan kakinya dibelenggu, dia memandang ke lantai dan kelihatan resah, namun tidak bercakap.
Suspek berusia 27 tahun itu, yang menyokong Le Pen dan Presiden AS, Donald Trump dalam laman Facebooknya, dikenali dalam kalangan mereka yang memantau kumpulan pelampau di Quebec, kata Francois Deschamps, kata pegawai dengan kumpulan yang menyokong pelarian.
Seorang pelajar antropologi dan sains politik di Universiti Laval di Bandar Quebec, Bissonnette juga menyatakan sokongannya dalam profil Facebooknya ke atas ‘Generation Nationale’ sebuah kumpulan yang manifestonya termasuk penolakan ‘fahaman pelbagai budaya’. – AP