Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Sweden lapor 9 kes hepatitis akut

    STOCKHOLM, 11 MEI – Sembilan kanak-kanak di Sweden disyaki menghidap hepatitis akut tanpa sebab yang jelas, kata Agensi Kesihatan Awam negara itu pada Selasa.

    “Ia sangat jarang ditemui tetapi memang kanak-kanak ini menghidap hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya.

    Agensi Kesihatan Awam Sweden sedang menyiasat sama ada kes yang kini kita lihat mewakili peningkatan hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya atau tidak,” lapor Xinhua memetik pakar epidemiologi negeri Anders Lindblom dalam satu kenyataan media.

    Kesemua sembilan kanak-kanak itu jatuh sakit antara November hingga April tahun ini dan penjaga kini digesa untuk berwaspada sekiranya mereka menghadapi kes serupa. Selain jaundis, sembilan kes itu juga mempunyai simptom seperti muntah, cirit-birit, najis pucat dan loya.

    Kes hepatitis yang serupa tanpa sebab yang jelas telah dilaporkan baru-baru ini di beberapa negara, seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Denmark.

    Kes Sweden dilaporkan oleh Agensi Kesihatan Awam Sweden kepada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) untuk dimasukkan dalam penyiasatan berterusan bagi mengetahui sama ada terdapat persamaan dengan kes-kes lain.

    Menurut ECDC, ujian makmal mengecualikan jenis virus hepatitis A, B, C, D, dan E dalam semua kes. Sebilangan besar kes yang dilaporkan di United Kingdom dan beberapa negara lain disahkan positif untuk ade-novirus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...