Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Switzerland buru sejarah Euro

    JERMAN, 5 JULAI – Switzerland tidak pernah mara ke empat terakhir kejohanan antarabangsa utama tetapi telah menunjukkan bahawa mereka boleh bersaing dengan pemain ternama menjelang perlawanan Euro 2024 dengan England, esok.

    Skuad kendalian Murat Yakin sangat tegas dalam menyingkirkan juara bertahan Itali daripada kejohanan hujung minggu lalu dan berjaya menewaskan tuan rumah Jerman sekali gus mengungguli Kumpulan A.

    Switzerland juga merupakan salah satu daripada dua pasukan bukan pilihan dalam kejohanan itu bersama Turkiye, dengan enam yang lain sama ada juara sebelumnya termasuk England, yang dijangka untuk mencatat sejarah Kejuaraan Euro.

    “Kami menghantar isyarat penting malam ini dengan permainan yang kami persembahkan,” kata Yakin selepas menewaskan Itali.

    “Kami bukan sahaja bersatu dan bertahan sebagai satu pasukan tetapi juga menunjukkan bahawa kami boleh menyerang dan menguasai permainan.”

    Switzerland telah mara ke suku akhir Euro kali kedua berturut-turut dengan hanya dibarisi oleh beberapa pemain ternama antaranya pemain tengah Bayer Leverkusen, Granit Xhaka, dan Manuel Akanji dari Manchester City.

    Walau bagaimanapun, Switzerland mempunyai unit pasukan yang lebih banyak dan mempunyai peluang besar untuk mara ke separuh akhir dengan menyingkirkan England. – AFP

    Xhaka (kanan), bersaing untuk mendapatkan bola dengan Gundogan semasa perlawanan Kumpulan A di Frankfurt, Jerman pada 23 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda