Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahlil di Kubah sempena 103 tahun penubuhan PPDB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Sempena sambutan penubuhannya yang ke-103, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, di sini, hari ini.

    Majlis berkenaan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Majlis seumpama itu merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB bagi menyemarakkan dan meraih keberkatan sempena sambutan berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, pengarah-pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yasin diikuti dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan turut hadir menyertai majlis tahlil di Kubah Makam Diraja. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda