Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahlil, doa untuk bekas ahli Pertiwi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Persatuan Pertiwi Cawangan Daerah Tutong, kelmarin, telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah, khusus bagi Allahyarhamah Hajah Esah @ Hajah Mariam binti Chol yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Jun lalu, yang merupakan salah seorang ahli Persatuan Pertiwi Daerah Tutong.

    Majlis yang dihadiri oleh 22 orang ahli persatuan dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ketua Keugamaan Persatuan Pertiwi Cawangan Daerah Tutong, Hajah Latifah binti Haji Libut.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian derma oleh Pengerusi Persatuan Pertiwi Cawangan Daerah Tutong, Hajah Ainah binti Datu Hulubalang Haji Abdul Wahab untuk keluarga Allahyarhamah, yang diwakili oleh anaknya, Hajah Siti Hadizah binti Haji Mahbub.

    Hajah Ainah semasa menyampaikan derma kepada keluarga Allahyarhamah. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda