Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanam teman wanita dalam konkrit, lelaki dipenjara 30 tahun

    MONTPELLIER, 17 JAN – Mahkamah Perancis kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang lelaki kerana membunuh pasangannya, selepas mayat teman wanitanya ditemui tertanam di bawah sebidang konkrit di rumah mereka pada 2021.

    Samire Lymani, 41, melaporkan Aurelie Vaquier, 38, hilang pada 23 Februari tahun tersebut, kira-kira sebulan selepas kali terakhir dia dilihat. Mayatnya ditemui dua minggu kemudian, disembunyikan di bawah sebidang konkrit yang ditutup dengan platform kayu di rumah mereka di bandar selatan Bedarieux.

    Lymani, yang mendakwa pasangannya menghilangkan diri ketika dia pergi melawat keluarganya, menegaskan dia tidak bersalah sebelum dia diiringi keluar dari mahkamah.

    Pendakwa raya, Damien Kincher semasa perbicaraan menolak hipotesis orang asing menyelinap masuk ke rumah mereka untuk membunuh Vaquier dan kemudian menuangkan konkrit di bawahnya untuk menyembunyikan mayatnya sebagai ‘tidak masuk akal’.

    “Orang asing itu tidak lain adalah kamu, Samire Lymani,” katanya di mahkamah di bandar berhampiran Montpellier. – AFP

    Peguam plaintif Perancis, Felix Allary menjawab soalan wartawan sebaik tiba di Mahkamah Assize Herault di Montpellier, selatan Perancis pada 9 Januari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda