Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAP adakan sesi konsultasi bermula 21 Feb

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan mengadakan sesi konsultasi mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) bagi ahli-ahli TAP berumur antara 50 ke 59 tahun di Dewan Sepakat 4, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas, pada 21 dan 22 Februari dan 24 Februari sehingga 22 Mac.

    Sementara itu, bagi sesi kedua dalam bulan Ramadan pula akan bermula dari 27 Mac sehingga 12 April dan 17 April sehingga 21 April.

    Sesi-sesi seterusnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.

    Bagi ahli-ahli yang berumur 60 tahun ke atas pula akan diadakan sesi jerayawara pemberigaan khas yang berasingan berkaitan hal ehwal penerimaan anuiti SPK ahli nanti.

    Pada sesi konsultasi SPK tersebut, ahli-ahli akan diterangkan mengenai anuiti bulanan yang akan diterima semasa bersara dan simpanan SPK ahli.

    Ahli-ahli yang berumur 50 ke 59 tahun boleh menempah slot konsultasi dengan mengimbas kod QR, melayari pautan https://booking.tap.com.bn atau menerusi pusat panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda