Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarian singa meriahkan sambutan TBC

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 FEB – Pukulan gendang berirama yang diiringi tarian singa telah menyerikan suasana di Daerah Belait ketika masyarakat Cina menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina (TBC) dalam mengalu-alukan Tahun Naga, kelmarin.

    Beberapa kumpulan tarian singa membuat persembahan di kediaman Cina pada hari pertama di daerah berkenaan termasuk Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait dan Sekolah Menengah Chung Ching, Seria.

    Salah sebuah kediaman yang dikunjungi rombongan berkenaan ialah Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Daerah Belait, Loo Soon Nin di mana mereka mempersembahkan tarian singa kepada ahli keluarga dan tetamu untuk membawa tuah dan kesejahteraan dalam menyambut Tahun Naga.

    Loo Soon Nin dan keluarga bergambar ramai dengan ahli kumpulan tarian singa sempena menyambut Tahun Baharu Cina, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Kumpulan tarian singa membuat persembahan di kediaman Cina pada hari pertama Tahun Baharu Cina. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda