Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaki pelancong terpaksa dipotong semasa berkayak

    SYDNEY, 1 DIS – Seorang pelancong asing yang kehilangan kakinya selepas terperangkap di celah batu di Sungai Franklin, Tasmania, kini berada dalam keadaan ‘stabil’ di hospital, menurut seorang jurucakap jabatan kesihatan Tasmania hari ini.

    Pelancong asing itu, yang keadaannya sebelum ini diklasifikasikan sebagai kritikal selepas mengalami detik cemas selama 20 jam di sungai tersebut, kini menerima rawatan di Hospital Diraja Hobart.

    Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu adalah warga Lithuania berusia 60an yang sedang berkayak bersama 10 rakan senegaranya sebelum insiden berlaku.

    Menurut polis, insiden berlaku pada 22 November ketika lelaki itu sedang melalui kawasan jeram bersama rakan-rakannya, apabila kakinya tersepit di antara batu di celah sungai.

    Bagaimanapun, jam tangan pintar lelaki tersebut menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa, mencetuskan operasi menyelamat yang digambarkan sebagai ‘kompleks dan berlarutan.’

    Pasukan penyelamat gagal melepaskan kaki lelaki itu dan akhirnya memutuskan untuk melakukan amputasi.

    Prosedur tersebut dilakukan dengan memberikan ubat pelali kepada mangsa, yang ketika itu masih separuh tenggelam dalam air sejuk. – AFP

    Gambar dari udara menunjukkan lokasi kaki mangsa terperangkap di celah batu selama 20 jam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda