Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tayangan bola sepak erat silaturahim Souq Al United

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Kira-kira 60 orang hadir pada acara menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Emirates 2024 yang diadakan oleh Souq Al United Bn di Hotel Al Afiah, Kampung Kiulap, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Souq Al United Bn, di sini, antara pengisian pada acara berkenaan ialah Doa Selamat dan ucapan alu-aluan oleh ahli Jawatankuasa Majlis Souq Al United Bn, Awang Muhammad Hanif bin Haji Shaari.

    Beliau menyatakan, matlamat utama perkumpulan itu diadakan adalah bagi suai kenal, mengeratkan silaturahim dan berukhuwah di antara para jemputan yang hadir.

    Acara turut diselitkan dengan sesi bergambar ramai, penyampaian cenderahati kepada wakil Pengurus Hotel Al Afiah, jamuan dan cabutan bertuah bagi semua jemputan yang hadir pada malam berkenaan.

    Pada majlis berkenaan, jemputan telah menyaksikan Manchester United menjulang Piala FA ke-13 setelah berjaya menumpaskan Manchester City, 2-1 di Stadium Wembley.

    Gambar ramai para jemputan acara tayangan bola sepak di Hotel Al Afiah, Kampung Kiulap, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN SOUQ AL UNITED BN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda