Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Tentera India adakan perarakan di Manipur

    NEW DELHI, 4 MEI – Kemaraan pasukan tentera India dapat disaksikan hari ini selepas keganasan tercetus ketika protes di timur laut Manipur.

    Ketua menterinya, N. Biren Singh menerusi rakaman video merayu agar orang ramai kekal tenang sambil berkata sejak 24 jam lalu terdapat beberapa pertempuran, vandalisme dan pembakaran dilaporkan di pelbagai lokasi, termasuk ibu kota Imphal.

    Singh berkata insiden itu mengakibatkan korban nyawa selain kerosakan harta benda dan rumah akibat salah faham yang tercetus antara dua pihak.

    “Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai perkembangan itu dan melaksanakan semua langkah berdasarkan undang-undang. 

    Pasukan separa tentera telah diarahkan untuk mengawal di kawasan sensitif,” katanya.

    Tentera melakukan flag marches (perarakan mempamerkan kekuatan tentera di kawasan yang terjejas) untuk membantu pentadbiran dalam mengawal keadaan, lapor media tempatan.

    Perintah berkurung turut dikenakan di lapan daerah Manipur dan perkhidmatan internet mudah alih dihentikan kelmarin, menurut laporan itu.

    Mahkamah Tinggi Manipur baru-baru ini mengarahkan kerajaan negeri mempertimbangkan permintaan Meitei untuk dimasukkan ke dalam kategori ST, yang akan memberikan mereka hak menuntut tanah di kawasan bukit.

    Komuniti Meitei merangkumi lebih separuh penduduk dan menguasai Lembah Imphal, manakala suku kaum seperti Naga dan Kuki tinggal di daerah bukit yang merangkumi 90 peratus kawasan berkenaan.

    Status ST Meiteis dilihat sebagai pencerobohan wilayah mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...