Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Usia bukan penghalang jadi jurupandu

    Gambar ANN/China Daily

    BEIJING – Seorang wanita mengatasi jangkaan dengan bekerja sebagai jurupandu pada usianya dalam lingkungan 70an.

    Pada usia 73 tahun, Chen Shaoqin dari Beijing telah menunjukkan dunia bagaimana seseorang sepatutnya menjalani kehidupan.

    Meskipun hanya menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, Chen mula mempelajari bahasa Inggeris pada usia 40 tahun dan lulus peperiksaan kemasukan, mengubah kehidupannya daripada seorang pekerja kilang kepada kakitangan kolar putih di sebuah syarikat perdagangan antarabangsa.

    Chen tetap meneruskan pembelajarannya selepas bersara, mempelajari seni dan akhirnya menjadi jurupandu pameran seni pada usia 67 tahun. Sepanjang lima tahun, dia menjadi jurupandu kepada pelawat di Pusat bagi Seni Kontemporari UCCA secara purata tiga hari seminggu, kira-kira 3,500 jam.

    Daripada seorang pesara yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai seni kepada seorang jurupandu sukarelawan yang berdedikasi, kerja keras Chen dan minatnya untuk belajar telah memberi inspirasi kepada ramai orang.

    Chen berkata disebabkan dia kurang pahamlah, dia mesti terus belajar. Sebagai jurupandu, dia mampu menghadiri sesi latihan profesional dan berpeluang belajar daripada kurator dan pelukis, memberikan motivasi untuk meneruskannya.

    Chen telah banyak menjadi jurupandu pameran sejak bertahun-tahun, termasuk pameran pelukis terkenal seperti Zeng Fanzhi, Xu Bing, Qiu Zhijie dan Pablo Picasso. Dia percaya bahawa setiap lawatan adalah perjalanan indah dan peluang baharu untuk belajar dan mendapat inspirasi.

    Dedikasi Chen untuk belajar dan kemampuannya untuk menggabungkan sejarah, estetika, sosiologi dan psikologi telah menjadikannya jurupandu luar biasa. Selepas menyambut ulang tahunnya ke-73 pada tahun ini, dia percaya kehidupan seseorang itu boleh berkembang menerusi eksplorasi dan pembelajaran.

    Chen adalah contoh terbaik bahawa semua orang boleh mencari minat dan kemudian belajar, berkembang dan berkongsi dengan yang lain. – ANN/China Daily

    Chen menunjukkan foto dirinya ketika muda semasa di rumahnya.
    Chen Shaoqin menjadi jurupandu pameran seni kepada pelawat di 798 Art District, Beijing.
    Chen Shaoqin mencari maklumat mengenai seni di 798 Art District. Chen mula mempelajari bahasa Inggeris pada usia 40 tahun dan lulus peperiksaan kemasukan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...