Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TH1 patuhi semua ujian prasyarat

    KUALA LUMPUR, 16 FEB – Telekosang Hydro One (TH1), salah satu daripada dua loji tenaga hidro yang dirancang di bawah projek Hidro Telekosang di Sabah telah berjaya melengkapkan semua ujian prasyarat untuk tarikh operasi komersial (COD) disaksikan Sabah Electricity Sendirian Bhd (SESB).

    Jentayu Sustainables Bhd (Jentayu Sustainables) dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata COD TH1 adalah pencapaian utama ke arah memenuhi syarat duluan (CP) pengambilalihan Hidro Telekosang oleh Jentayu Sustainables yang dijangka siap lewat tahun ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Telekosang Hydro dan Pengerusi Eksekutif Jentayu Sustainables, Datuk Beroz Nikmal Mirdin berkata syarikat itu berbangga kerana dapat menyumbang kepada usaha untuk menamatkan masalah bekalan tenaga di Sabah dan menyediakan penyelesaian tenaga yang mampan.

    “Telekosang Hydro adalah bukti komitmen kami untuk menggunakan kuasa alam semula jadi untuk sumber tenaga yang bersih dan boleh dipercayai.

    “Projek ini dijangka menyediakan aliran hasil mampan jangka panjang dan memberi keuntungan kepada Jentayu Sustainables serta meletakkan kami pada kedudukan kewangan lebih kukuh ketika syarikat terus mengembangkan jejak dalam sektor tenaga mampan,” katanya.

    Projek Hidro Telekosang ialah loji tenaga hidro aliran sungai (ROR) milik persendirian terbesar di Malaysia yang berjaya menerbitkan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) mini-hidro hijau pertama di dunia, di bawah prinsip Shariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

    Berdasarkan kadar tarif RM 0.24 setiap kilowatt-jam (kWj) di bawah Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui, projek Hidro Telekosang dijangka menjana aliran tunai kira-kira lebih daripada RM65 juta setahun dalam tempoh 21 tahun akan datang. – Bernama

    Beroz berkata syarikat itu berbangga kerana dapat menyumbang kepada usaha untuk menamatkan masalah bekalan tenaga di Sabah dan menyediakan penyelesaian tenaga yang mampan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda