Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand, China meterai perjanjian pengecualian visa

    BANGKOK, 28 JAN – Thailand dan China hari ini menandatangani perjanjian pengecualian visa dalam rundingan antara menteri luar mereka ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan hubungan.

    Perjanjian yang ditandatangani oleh Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi membenarkan rakyat dari kedua-dua negara mengadakan perjalanan ke negara masing-masing tanpa visa mulai 1 Mac.

    Pegawai Thai berharap perjanjian itu akan menggalakkan lebih ramai warga Cina datang dan meningkatkan sektor pelancongan penting negara itu, yang telah bergelut untuk pulih daripada pandemik COVID-19.

    “Perjanjian ini adalah simbol persahabatan, kepercayaan dan keyakinan kami yang berpanjangan dan membantu merangsang industri pelancongan di kedua-dua negara,” kata Parnpree.

    Wang mengalu-alukan perjanjian itu, berkata warga Thai dan China ‘adalah satu keluarga’.

    Butiran terperinci mengenai pengaturan visa tidak diumumkan hari ini, tetapi awal bulan ini, pegawai Thai berkata perjanjian itu akan membenarkan penginapan sehingga 30 hari untuk setiap lawatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda