Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand, Kemboja sambung semula rundingan mengenai OCA

    BANGKOK, 14 JAN – Thailand dan Kemboja bakal menyambung semula rundingan mengenai kawasan tuntutan bertindih (OCA) di Teluk Thailand bertujuan bagi mencapai resolusi yang mematuhi undang-undang antarabangsa.

    Masalah OCA akan menjadi topik utama perbincangan apabila Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin bertemu rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet yang dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Thailand pada 7 Februari, kata jurucakap kerajaan, Chai Wacharonke.

    “Resolusi mengikut undang-undang antarabangsa dijangka dapat dicapai, memandangkan kedua-dua negara berharap dapat berkongsi manfaat sumber asli yang terdapat dalam OCA untuk meningkatkan kualiti hidup dan keselamatan tenaga rakyat,” katanya dalam kenyataan.

    Chai berkata Srettha komited untuk mencari jalan keluar yang boleh diterima oleh rakyat di kedua-dua negara.

    Srettha juga percaya persahabatan yang kukuh antara kedua-dua buah negara itu bakal menjadi faktor mencapai persetujuan berhubung isu tersebut demi manfaat bersama. – Bernama

    Gambar Web
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda