Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Tiada pelajar India dijadikan tebusan di Ukraine

    NEW DELHI, 3 MAC – India berkata ia tidak menerima sebarang laporan mengenai pelajarnya ditahan sebagai tebusan di Ukraine, bertentangan dengan dakwaan Rusia yang mengatakan pihak berkuasa Ukraine menghalang sekumpulan besar pelajar India daripada meninggalkan bandar Kharkov.

    “Kedutaan kami di Ukraine sentiasa berhubung dengan warga India di sana. Dengan kerjasama pihak berkuasa Ukraine, ramai pelajar meninggalkan Kharkiv semalam. Kami tidak menerima laporan mengenai mana-mana pelajar yang dijadikan tebusan,” menurut Kementerian Luar India dalam satu kenyataan pada Khamis.

    “Kami menyelaraskan usaha dengan negara-negara di rantau ini termasuk Rusia, Romania, Poland, Hungary, Slovakia dan Moldova. Sebilangan besar warga India berjaya dipindahkan dari Ukraine sejak beberapa hari lalu,” kata kenyataan itu.

    Kementerian Pertahanan Rusia pada Rabu berkata pihak berkuasa Ukraine secara paksa menahan sekumpulan besar pelajar India di Kharkov kerana mahu meninggalkan Ukraine dan pergi ke Belgorod di Rusia.

    India sedang memindahkan beribu-ribu rakyatnya yang terkandas ke negara-negara di barat Ukraine, yang akan dihantar pulang dengan penerbangan khas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...