Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tiada yang terlepas jika terlibat salah tadbiran di Sarawak’

    KUCHING, 24 NOV – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan mana-mana menteri dan timbalan menteri Sarawak yang terbukti terlibat dalam salah tadbiran tidak terlepas daripada tindakan undang-undang Malaysia meskipun mereka dikecualikan di bawah Rang Undang-undang Ombudsman negeri ini.

    Beliau berkata ini termasuk menteri dan timbalan menteri yang didapati memberi arahan dan mendorong penjawat awam Sarawak untuk melakukan salah tadbiran.

    “Contohnya menteri dan timbalan menteri beri arahan (untuk salah tadbiran kepada penjawat awam negeri) jika terdapat bukti yang sah, kita mempunyai undang-undang untuk menyiasat, jadi tiada yang dikecualikan dalam hal ini.

    “Inilah kerajaan Sarawak, kita tidak takut kerana kita mahukan satu kerajaan yang bersih dan kita bukan sekadar cakap kosong,” katanya ketika berucap pada Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini hari ini.

    Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang yang telah diluluskan itu perlu bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap keberkesanan serta ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak, sekali gus merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. – Bernama

    Abang Johari semasa berucap pada Hari Integriti SEDC di Kuching, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda