Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Tidak perlu pakai pelitup muka di Perancis

    PARIS, 16 MEI – Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di metro, kereta api dan kapal terbang di Perancis mulai hari ini, ketika pihak berkuasa Perancis membatalkan langkah kesihatan terakhir yang dikenakan sejak pandemik bermula pada 2020.

    Menteri kesihatan, Olivier Veran mengumumkan pada minggu lalu bahawa pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan teksi, berikutan penurunan besar dalam kes COVID baru-baru ini.

    “Saya rasa bebas. Boleh bernafas dengan selesa tanpa pelitup muka,” kata Jaceula Madimba, penduduk Paris berusia 26 tahun, pagi ini.

    Perancis mula melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka pada Februari selepas peningkatan dalam kes pada musim sejuk, tetapi ia masih diwajibkan di tempat kerja atau sekolah sehingga jangkitan berkurangan.

    Veran mengingatkan langkah baharu tidak bermakna pandemik sudah berakhir, dan menegaskan pelitup muka masih disarankan dipakai oleh semua orang.

    “Saya fikir memakai pelitup muka masih perlu demi keselamatan semua orang, untuk keluarga dan juga kawan saya,” kata Aurelia Imbert, jurutera yang sedang dalam perjalanan ke Republik Czech untuk kerja dari lapangan terbang Paris Charles de Gaulle.

    Namun pelitup muka, serta pas kesihatan yang membuktikan vaksinasi COVID, masih diperlukan apabila memasuki hospital.

    Pandemik nampaknya sudah terkawal di Perancis sekarang, namun beberapa pakar mengingatkan supaya jangan bersikap terlalu leka kerana varian baharu masih boleh timbul bila-bila masa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...