Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kim kecam pegawai berhubung respons pandemik

    SEOUL, 16 MEI – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengkritik pegawai ‘tidak bertanggungjawab’ berhubung respons pandemik negara itu dan mengarahkan tentera untuk membantu mengagihkan ubat-ubatan, kata media kerajaan hari ini, ketika Seoul menawarkan bantuan COVID.

    Lebih satu juta orang jatuh sakit yang Pyongyang rujuk sebagai ‘demam’, kata media kerajaan, meskipun Kim mengarahkan perintah berkurung seluruh negara itu dalam usaha untuk memperlahankan penularan penyakit dalam kalangan penduduk yang tidak bervaksinasi.

    Dalam petanda bagaimana seriusnya situasi itu, Kim ‘mengkritik hebat’ pegawai penjagaan kesihatan tentang apa yang digelarnya respons teruk kepada pencegahan epidemik – terutamanya satu kegagalan untuk mengekalkan farmasi buka 24/7 dalam mengagihkan ubat-ubatan.

    Dia mengarahkan tentera untuk bekerja ‘serta-merta menstabilkan bekalan ubat-ubatan di bandar Pyongyang’, di mana Omicron telah dikesan minggu lalu dalam kes pertama COVID Korea Utara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...