Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut, 14 dipindah selepas bangunan dijilat api di Sepanyol

    MADRID, 4 MAC – Kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan berhampiran Alicante di tenggara Sepanyol telah meragut tiga nyawa, termasuk seorang kanak-kanak, kata pihak berkuasa hari ini.

    Manakala 14 orang penghuni lagi yang tinggal di bangunan itu di Villajoyosa telah dipindahkan dan dirawat kerana terhidu asap, kata jurucakap pihak berkuasa kesihatan wilayah kepada AFP.

    Kebakaran yang bermula kira-kira jam 2:15 pagi itu berjaya dikawal.

    Kebakaran tersebut berlaku kurang dua minggu selepas tragedi kebakaran yang menggemparkan negara itu yang mengorbankan 10 orang di bandar pelabuhan Valencia di wilayah yang sama.

    Kebakaran di Valencia telah memusnahkan sebuah bangunan tinggi 14 tingkat dan blok 10 tingkat bersebelahan yang bersama-sama menempatkan 138 unit flat. Pakar berkata bangunan itu ditutup dengan lapisan bahan yang mudah terbakar dan boleh menyebabkan api merebak dengan pantas. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda