TELL ABYAD, 24 OKT – Tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria diserang secara serentak oleh kumpulan tidak dikenali kelmarin.
Menurut agensi Anadolu, medan minyak Al-Omar di Deir ez-Zor, yang menempatkan pangkalan tentera AS serta pangkalan AS di Al-Shaddadi dan Al-Hasakah, diserang dengan peluru berpandu.
Terdahulu, sebuah pangkalan AS di kawasan Al-Malikiyah di Al-Hasakah, yang diduduki kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) telah diserang dron bersenjata.
Selain itu, sebuah pangkalan di wilayah Al-Tanf di selatan Syria yang turut menempatkan tentera AS turut diserang dengan dron. – Bernama
