Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura laris dijual

    Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencatat kejayaan apabila tiket konsert Fenomena Live in Singapore habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam.

    Memetik laporan mStar, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, yang meluahkan rasa syukur atas sambutan hangat yang diterima, juga dilihat tidak sabar bertemu peminat di Singapura nanti.

    “Syukur tiket konsert di Singapura sudah habis dijual. Kita jumpa di konsert Fenomena nanti,” katanya.

    Siti berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, kelmarin.

    Tiket konsert yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun ini mula dijual pada pukul 10 pagi, kelmarin.

    Konsert berkenaan akan berlangsung di The Star Theatre, Singapura yang boleh menampung kapasiti sebanyak 5,000 penonton.

    Sebelum ini, Siti juga pernah berkongsi berita gembira apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis dijual dalam tempoh dua jam.

    Konsert berkenaan bakal berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 9 Mac ini.

    Meskipun mendapat permintaan ramai untuk mengadakan konsert selama dua malam, Siti bagaimanapun memberitahu tidak akan berbuat demikian. – Agensi

    Siti Nurhaliza bakal bertemu peminat Singapura Jun ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda