Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran keselamatan elektrik di tempat kerja

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Terkena renjatan elektrik adalah salah satu bahaya yang paling biasa berlaku di tempat kerja, terutamanya dalam sektor pembinaan dan dengan mengenal pasti bahaya elektrik akan membantu meningkatkan kesedaran tentang risiko dan tahap keterukannya.

    Perkara itu ditekankan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembarigaan Dokumen Amalan Terbaik Keselamatan Elektrik di bawah Jawatankuasa Keselamatan Elektrik (ESCOM) yang berlangsung di Dewan Teater, JPM, hari ini.

    Dalam usaha bersepadu bagi mempertingkatkan kesedaran keselamatan elektrik di tempat kerja, ESCOM, yang telah ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, pembarigaan berkenaan antara lain bertujuan untuk meningkatkan piawaian keselamatan elektrik di seluruh negara.

    Pengiran Haji Jamra Weira seterusnya menjelaskan, dengan adanya dokumen-dokumen penting berkenaan, ia mungkin menggalakkan keselamatan elektrik dan pematuhannya di tempat kerja serta meningkatkan tahap piawaian keselamatan di negara ini.

    Beliau seterusnya berharap, dengan hasil dokumen penting itu, jawatankuasa berkenaan akan terus mengambil pendekatan strategik dan kolektif bersama-sama dalam
    sinergi yang lebih baik untuk menangani isu semasa dan masa depan termasuk amalan pemasangan elektrik yang sesuai dan selamat, sambil mematuhi Perintah Keselamatan dan
    Kesihatan Tempat Kerja 2009 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

    Beliau turut mengongsikan, pada Jun 2023, insiden flashover yang berlaku semasa aktiviti servis dan penyelenggaraan panel di pencawang telah mengakibatkan seorang pekerja mengalami luka bakar darjah kedua dan ketiga.

    Pelancaran majlis tersebut menyaksikan garis panduan utama yang dihasilkan oleh ESCOM meliputi pelbagai topik penting termasuk pencahayaan awam, ujian alat mudah alih, dan pendawaian voltan rendah (LV) serta keselamatan peralatan elektrik.

    Selain itu, majlis juga menyediakan platform penting untuk kontraktor dan pihak yang berkepentingan dalam industri elektrik bagi memperdalam pemahaman mereka dalam pemasangan elektrik dan peralatan yang selamat.

    Pengiran Haji Jamra Weira semasa menyampaikan ucapannya di Dewan Teater, JPM, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir ke Majlis Pembarigaan Dokumen Amalan Terbaik Keselamatan Elektrik di bawah ESCOM yang berlangsung di Dewan Teater, JPM, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda