Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trafik udara Perancis kembali ke tahap pra-COVID

    PARIS, 22 JAN – Trafik penumpang udara di Perancis bulan lalu menyamai tahap pada Disember 2019 buat kali pertama sejak pandemik COVID-19, kata pihak berkuasa penerbangan negara itu hari ini.

    Sepanjang tahun 2023, bilangan penumpang di Perancis mencapai 94.5 peratus daripada tahap pra-krisis, pada hampir 170 juta, kata pihak berkuasa DGAC dalam keluaran statistik bulanannya.

    Kesan buruk daripada langkah pembendungan COVID-19 terhadap perjalanan udara mengurangkan trafik penumpang Perancis pada tahun 2020 kepada 30 peratus daripada tahap pra-pandemik 2019. Ia meningkat kembali kepada 39 peratus pada tahun 2021 dan 80 peratus tahun berikutnya.

    Angka tahun lalu dirangsang oleh perjalanan antarabangsa, dengan perjalanan ke Amerika Syarikat dan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain berada pada tahap sekitar tahun 2019, manakala perjalanan ke destinasi di Afrika meningkat 13 peratus berbanding empat tahun sebelumnya.

    Penerbangan ke wilayah luar Perancis juga kembali ke tahap pra-pandemik.

    Tetapi penerbangan dalaman di Perancis masih menurun, pada 80 peratus daripada tahap 2019, kerana perjalanan udara menghadapi persaingan daripada peningkatan penggunaan kereta api dan persidangan video. – AFP

    Para penumpang menunggu tren mereka di stesen Montparnasse di Paris, pada 18 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda