Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Trend solekan popular Hari Raya

    Bulan Syawal adalah masa untuk meraikan sambutan Hari Raya dan dalam semangat baharu, pakaian baharu dipakai bersama trend solekan terkini.

    Pemilik jenama kecantikan tempatan dan jurusolek memberi kami maklumat tentang trend kecantikan yang popular pada Hari Raya ini, serta petua tentang cara-cara memastikan penampilan awda kekal segar sepanjang hari dalam cuaca yang lembap.

    SENTUHAN BERCAHAYA

    Jurusolek Sarah Ashikin Adzman berkata asas solekan yang kelihatan lembap atau separa matte akan menjadi popular di hari raya ini.

    Pengasas dan pengarah Kamelia Cosmetics, Kamelia Nisha bersetuju, menyatakan bahawa bedak asas kelihatan lembap dan pipi merah jambu akan menjadi popular.

    Kamelia juga meramalkan pemerah pipi dan bedak asas lembap dalam bentuk cecair dan krim juga akan menjadi pilihan yang popular kerana jenis produk ini mampu memberikan hasil yang baik untuk kulit dan meniru kemerahan semula jadi pipi.

    Penampilan dewy, pipi merah jambu dan solek matte akan menjadi popular tahun ini. – ANN/The Star
    Asas solekan dewy atau separa matte menurut Sarah akan menjadi popular di hari raya ini. – ANN/The Star
    Kamelia berpendapat bedak asas dewy dan pipi merah jambu akan menjadi popular. – ANN/The Star
    Bagi Aznita, pembayang mata kalis air dan tidak mudah luntur adalah pilihan yang baik untuk digunakan. – ANN/The Star

    Dengan rona pemerah pipi, pengasas Nita Cosmetics, Aznita Azman memerhatikan bahawa orang ramai mula bereksperimen dengan pemerah pipi sejak kebelakangan ini.

    Untuk bibir, Sarah percaya trend popular adalah gabungan formula matte dan pelembap dengan sedikit warna, diilhamkan oleh trend K-beauty.

    Aznita menasihatkan memilih warna yang sesuai dengan warna kulit awda apabila memilih gincu.

    Namun Kamelia merasakan orang ramai akan memilih gincu bibir berkilat untuk raya kali ini.

    Aznita pula mencadangkan supaya menggunakan pembayang mata kalis air dan tidak mudah comot sebagai pilihan yang baik untuk digunakan, dan banyak jenama mempunyai pelbagai pilihan warna matte dan berkilauan.

    PEMAKAIAN TAHAN LAMA

    Untuk memastikan solekan awda bertahan beberapa jam dan berkekalan sepanjang hari, Aznita berkata teknik merupakan segala-galanya.

    Menurutnya, satu petua hebat yang dipelajarinya ialah tentang penyediaan kulit supaya tidak menyebabkan bedak asas awda kelihatan comot. Caranya adalah dengan tidak menimbun kesemua bedak asas pada masa yang sama,” katanya.

    Aznita mengesyorkan menggunakan semburan mist, diikuti dengan pelembap, pelindung matahari dan primer, dan tunggu satu hingga dua minit antara setiap langkah untuk membiarkan produk kering.

    Kamelia juga menekankan kepentingan penyediaan kulit untuk membantu solekan tahan lebih lama. Iaitu dengan menyediakan solekan awda dengan bedak yang mampu membantu mengekalkannya lebih lama dan mengawal kilauan berlebihan.

    Selepas menyapu bedak asas dan concealer iaitu bedak halus di muka awda, fokuskan pada bahagian yang terdedah kepada minyak dan gunakan semburan mist untuk menutup solekan serta memberikan kemasan yang tahan lama.

    Beliau mencadangkan menggunakan produk yang serupa untuk meningkatkan ketahanannya.

    Penghidratan adalah penting untuk solekan tahan lama, kata Sarah, yang mengesyorkan menyediakan kulit awda dengan toner, serum dan pelembap sebelum menggunakan solekan.

    BEBERAPA PETUA

    Jika awda bercadang untuk keluar sepanjang hari berjumpa keluarga dan rakan-rakan semasa Hari Raya, Aznita, Kamelia dan Sarah mempunyai beberapa petua untuk membantu solekan awda bertahan masa yang panjang dalam cuaca yang lembap.

    Aznita menyarankan supaya sentiasa membawa berus dan bedak lembut bersama awda.

    Disebabkan cuaca yang lembap, kita perlu kerap touch up untuk memastikan solekan sentiasa segar. Bawa semburan mist mini jika awda mempunyai kulit berminyak. Jika awda memakai bulu mata palsu, pastikan awda membawa gam bulu mata,” kata Aznita.

    Aznita juga memberi amaran supaya mengelakkan bedak asas berasaskan krim dan menggunakan serbuk atau cecair kerana jenis ini akan mengurangkan ia kelihatan comot.

    Untuk penampilan terbaik semasa tempoh Hari Raya, Kamelia pula mencadangkan untuk meningkatkan bahagian muka awda seperti pipi, kening dan lapisan bibir dengan penyerlah.

    Menyerlahkan mata awda dengan solekan dengan memilih warna pembayang mata yang melengkapkan warna kulit awda juga adalah satu kemestian.

    Kamelia juga mencadangkan supaya menggunakan celak bagi menyerlah lagi mata dan maskara agar dapat melebatkan bulu mata.

    Kening juga perlu diberi perhatian, tambahnya. Gunakan pensel kening, serbuk atau gel untuk mengisi dan membentuk kening, yang akan membantu menyerlah lagi penampilan awda.

    Pilih produk yang sepadan dengan warna rambut awda dan menyapu dengan lembut untuk meniru rambut semula jadi.

    Apabila bercakap mengenai pelindung matahari, Sarah mengesyorkan menggunakan produk yang tidak mempunyai lapisan putih.

    Sarah menambah bahawa pelindung matahari adalah satu kemestian, sapu sebelum gunakan bedak asas agar mengelakkannya daripada pigmentasi.

    Walaupun penyerlah adalah cara terbaik untuk meningkatkan solekan keseluruhan awda, Sarah tidak mengesyorkannya jika awda mempunyai tekstur kulit yang tidak sekata.

    Menurutnya, jika awda mempunyai benjolan pada kulit, jangan gunakan penyerlah padanya kerana ia akan menjadi lebih jelas.

    Tampil cantik dalam solekan sempurna adalah penting bagi kebanyakan wanita, tetapi Aznita menekankan bahawa ia bukanlah bahagian terpenting semasa Hari Raya. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...